aku hanya ingin bercerita;

aku hanya ingin berbincang, matahari..

saat senja mengambang jingga

jua pagi merangkai terang

masih adakah hati, matahari..
bagi bumi yang merindu hujan
jua warna pelangi dipenghujung hari

sekejap saja, wahai hati..
kuingin membincang matahari
jua jingga yang memagut jiwa

adakah, wahai hati?
luas ilalang untukku bermain layanglayang
jua membasahinya saat berlinang

bersediakah kau, wahai jiwa?

meredam rinai..

tanpa tanya menyemai

dapatkah, kau?
bersama mendekap kami
aku, jingga dan matahari

akankah kau?
sebab kami hanya ingin bercerita,
sedikit saja..

ya, se di kit saja!

izz_040810

Iklan